Wednesday, January 7, 2015

QZ8501: Identiti Tiga Lagi Mangsa Dikenal Pasti

Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI) pada Selasa mengesahkan identiti tiga lagi mangsa nahas AirAsia Indonesia QZ8501 telah dikenal pasti.


QZ8501: Identiti Tiga Lagi Mangsa Dikenal Pasti, info terkini, berita nahas pesawat airasia, mangsa nahas pesawat QZ8501,
Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Kasturi menemui satu mayat wanita di kawasan pencarian Lautan Kalimantan pada pukul 2 petang waktu Malaysia, Isnin. Mayat kemudian diserahkan kepada helikopter Badan SAR Nasional (BASARNAS) Indonesia untuk bedah siasat dan identifikasi.

Mereka ialah Indra Yulianto, Hindarto Halim dan Jou Brian Youvito, ketiga-tiganya lelaki.

AirAsia Indonesia dalam kenyataannya berkata mayat ketiga-tiga mangsa telah diserahkan kepada keluarga masing-masing awal hari ini di Hospital  Bhayangkara, Surabaya.

Setakat ini, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) mengesahkan telah menemukan mayat 39 penumpang.

Identiti 16 daripadanya telah dikenal pasti oleh DVI Polri sementara 23 mayat mangsa masih dalam proses pengecaman.

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini diteruskan di sekitar kawasan yang pesawat itu kemungkinan besar berada.

"Lebih 40 kapal dan 20 helikopter telah dikerahkan dan memberi tumpuan untuk mencari lokasi sebenar bangkai pesawat dan juga kotak hitam.

"Keadaan cuaca mendung dengan hujan renyai dan ombak setinggi 2-3 meter. Bagaimanapun, arus di dasar laut masih bergelora sekitar 4-5 knot dan jarak penglihatan masih terhad untuk pasukan penyelam menghasilkan penemuan di bawah permukaan laut," kata kenyataan itu.

Pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 hilang daripada imbasan radar pada 28 Disember semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia, bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah di Indonesia.

Sumber : mynewshub.cc

Altantuya: Mahkamah Persekutuan Tetapkan 13 Januari Keputusan Rayuan Pendakwa

Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Januari bagi keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kes Altantuya, info, terkini, berita kes bunuh altantuya,

Ketua Bahagian komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan, Mohd Aizuddin Zolkeply mengesahkan tarikh untuk keputusan itu telah ditetapkan pada 13 Januari.

Keputusan itu akan disampaikan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar rayuan itu selama tiga hari bermula 23 Jun tahun lepas.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Apabila dihubungi, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, firma guamannya menerima notis daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Selasa, memaklumkan mengenai tarikh berkenaan.

Peguam Kamarul Hisham Kamarudin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Peguam Cara I (Sektor Litigasi) Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah juga mengesahkan tarikh itu.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan Azilah, 38, dan Sirul Azhar, 43, atas pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi, hari berikut pada 2006.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh kedua-dua anggota polis itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia itu dan menjatuhi hukuman mati ke atas kedua-dua mereka.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 51, yang dituduh bersuhabat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadapnya. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasannya.

Sumber : mynewshub.cc

Bantulah Ibu Dan Bayi Mangsa Banjir Di Stesen Dabong

Banjir besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia ternyata mengundang 1001 cerita dan pengalaman insan-insan yang berdepan dan melihat sendiri kesan bencana itu.


Bantulah Ibu Dan Bayi Mangsa Banjir Di Stesen Dabong, info, terkini, berita, mangsa banjir perlukan bantuan segera,
Gambar ibu dan bayinya yang dirakamkan oleh Aze Dz di Stesen Dabong, Kelantan. 
 
 
Seorang pengguna Facebook yang turut terlibat dalam usaha membantu mangsa banjir menceritakan pengalaman sedihnya ketika berada di Stesen Dabong, Kelantan, beberapa hari lalu.

Berikut merupakan status penuhnya:


Bantulah Ibu Dan Bayi Mangsa Banjir Di Stesen Dabong, info, terkini, berita, mangsa banjir perlukan bantuan segera,

“Day 4, 4 Jan 2015:

Kisah rumah di dataran Stesen Dabong, betul2 sebelah keretapi yg tenggelam tu.

Malam 3 Jan 2015, lagi 3 buah 4wd dh balik lepas habis masuk bagi2 brg dlm Kg.Dabong ni. Tinggal kami bertiga dlm satu 4wd sampai di Stesen Dabong yg dah agak lengang. Tgh fikir2 nak parking 4wd kami yg sarat dgn brg bantuan kat mana mlm ni yg selamat dari diserbu/ambush. Tu pun ada org kpg luar ulang alik dgn kereta & motor dtg mintak2.

Dtg satu penduduk kpg nama Hakimi dgn motor sembang2 dgn kami. Bila dioffer brg dia ckp xpe,dahulukan org lain & kawasan dalam2 esok. Dia cerita mcmana insiden banjir tu bermula & keadaan masa tu dan selepas. Aku rasa mcm nak masuk dlm jeep tutup telinga sebab gerun. Then dia cerita kisah rumah yg dah tak serupa rumah ni, 40m away dari kami masa tu.

Rumah tu lompong akibat ditembusi 1 kontena yg dibawa arus deras banjir. Petang sebelumnya penghuni rumah ni baru saja kebumikan ayah/atuk. Tak sempat talkin or tahlil pun sampai skrg. Dia tanya nk masuk tgk? Aku berdebar tapi angguk & ikut tgk. Dari jauh, nampak 2 btg lilin yg dipasang dlm rumah tu ada 3 dewasa tgh duduk.

Aku masuk ke dalam, ada sepasang suami isteri tgh mkn megi duduk tepi rangka katil berlapik toto buruk. Terkejut aku tgk ada newborn baby!! Berbedung tidur tepi abangnya umur 3tahun. (Tak payah cerita la mcmana perasaan aku masa tu. Aku pun tak tau mcmana aku boleh maintain kat situ tak pengsan sedih & sambung sembang2 tanya apa lagi yg diperlukan)

Baby Shakila dilahirkan 2hari selepas kejadian banjir. Malam tu ialah malam pertama anak2 ni dpt tidur berlapikkan toto. Aku tak sanggup tanya ibu ni deliver Shakila hari tu kat mana & macamana etc. I don’t think I can handle it. Masa tu nk ambil gambar pun aku x sanggup. Aku ambil gambar ni the next day petang selepas balik dari kwsan2 dalam Kemubu & Pasir Tumboh. Skali bagi brg2 yg kami reservekan utk si ibu & anak2 & some cash. Masa tu Ibu Shakila tgh makan nasi kosong.

Kenapa baru hari ni aku share kisah ni? Tiap kali nak type aku jd sesak dada & sebak. Took me quite a while to gain courage to type n post this. Bayangkan hidup berpantang dgn newborn baby dlm keadaan mcm ni? Dah 3 mlm aku x boleh lelap teringat ni.

Pls share this to those yg nak ke Dabong. Reservekan pampers size S, minyak yuyi & wet wipes or apa2 lagi brg yg dirasakan perlu utk rumah ni. Harap pic ni membantu utk cari lokasi rumah.

Terima kasih.”

Kami yakin pembaca yang mempunyai anak kecil memahami kepayahan menjaga bayi yang baru dilahirkan, ditambah pula dengan tubuh yang masih belum pulih daripada kesakitan.

Dalam kes ini, si ibu dan bayi mungkin berhadapan dengan masalah kekurangan nutrisi akibat kurangnya bekalan makanan yang berkhasiat.

Diharap dengan sebaran ini, ada pihak yang sudi membantu meringankan beban keluarga ini dengan menyalurkan barangan keperluan untuk mereka.

Sumber : mynewshub.cc

Maut Kepala Terhempap ‘Transformer’ Elektrik

Seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggara elektrik di sini, maut selepas tersepit di bawah alat ubah (transformer) elekrik ketika melakukan kerja-kerja menggantikan alat berkenaan yang rosak akibat banjir di Jalan Che Su di sini pagi tadi.

Maut Kepala Terhempap ‘Transformer’ Elektrik, info, terkini, berita, ngeri, kemalangan
Keadaan alat ubah tenaga elektrik yang jatuh menimpa mangsa pagi selasa. 
 
 
Mangsa Shahril Zaim Shamsuddin, 24, dipercayai tersepit ketika melakukan kerja-kerja pemasangan alat itu bersama enam lagi rakannya dalam kejadian kira-kira 6 pagi.

Rakan mangsa, Mohamad Zaid berkata, ketika kejadian dia bersama mangsa dan rakan-rakan lain sedang melalukan kerja-kerja pemasangan terakhir namun alat terbabit secara tiba-tiba tergelincir dan menyebabkan mangsa tersepit.

“Kami cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berdaya disebabkan mesin berkenaan berat dan menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala selepas mesin itu terkena betul-betul di bahagian kepalanya.

“Dia baru sahaja bekerja tidak sampai sebulan, selepas tamat belajar dan kami masih belum kenal rapat namun saya tidak sangka kejadian itu menyebabkan kematian,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Sumber : Sinar Harian Online

QZ8501: Ustaz Diterbangkan Ke Lokasi Nahas Untuk Berdoa

Pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan oleh Kerajaan Indonesia bagi mengesan kedudukan sebenar bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dilaporkan hilang sejak 28 Disember lalu.

Antaranya membenarkan penglibatan lapan orang ustaz di kawasan yang dipercayai lokasi bangkai pesawat tersebut berada.

QZ8501: Ustaz Diterbangkan Ke Lokasi Nahas Untuk Berdoa, info terkini, berita nahas pesawat airasia, QZ8501, mangsa nahas QZ8501

Para ustaz berkenaan diterbangkan dengan helikopter Super Pumake ke lokasi berkenaan bagi mendoakan kelancaran misi pencarian itu, pagi tadi.

Sejurus tiba mereka mulai membaca doa dan menabur bunga di kawasan itu sebagai ikhtiar untuk memudahkan usaha menemui mangsa dan serpihan pesawat.

Salah seorang ustaz dan ulama, Muhammad Ali memberitahu tujuan upacara doa tersebut adalah supaya proses evakuasi berjalan lancar dan baki 125 korban dapat ditemui segera.

“Kami sebenarnya sudah lama berdoa dalam hati. Bila ada inisiatif daripada pihak kerajaan kami pun mengikut, bagaimanapun selaku manusia kami masih punyai kelemahan,” katanya.

Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Letkol Jhonson Simatupang berkata, kesemua ustaz dibawa mengelilingi lautan untuk berdoa dan menabur bunga.

“Lokasi (berdoa adalah) sekitar kawasan sektor I dan IV,” ujarnya.

Sumber : mynewshub.cc

Tuesday, January 6, 2015

Gaji Pencen Pesara Kerajaan Naik 2% Mulai 21 Januari 2015

Menerusi pengumuman rasmi Portal Pencen JPA, pesara kerajaan akan menerima kadar kenaikan sebanyak 2 peratus berbanding kadar pencen diterima pada tahun 2014 berkuatkuasa mulai 12 januari 2015. Tambah kenyataan itu lagi, kenaikan itu adalah untuk membatu meringankan beban para pesara dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Gaji Pencen Pesara Kerajaan Naik 2%, info, terkini, berita, gaji pencen, pesara kerajaan

Gaji Pencen Pesara Kerajaan Naik 2%, info, terkini, berita, gaji pencen, pesara kerajaan


Sumber : melvister.com