Saturday, January 10, 2015

Messi, Serena Lancar Kempen "1 Dalam 11"

Pemain bola sepak terkemuka, Lionel Messi dan bintang tennis, Serena Williams mempromosikan kempen bagi membantu kira-kira 58 juta kanak-kanak yang tidak bersekolah untuk mendapatkan pendidikan.


Messi, Serena Lancar Kempen "1 Dalam 11" , lionel messi, serena williams, info, terkin, sukan, Unicef

Sebagai duta muhibbah untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), kedua-dua selebriti sukan itu melancarkan kempen itu pada Jumaat malam bersama Yayasan Kelab Bola Sepak Barcelona yang dibentuk pasukan Messi dan Reach Out To Asia yang juga sebahagian Yayasan Qatar untuk mempromosikan pendidikan.


Messi, Serena Lancar Kempen "1 Dalam 11" , lionel messi, serena williams, info, terkin, sukan, Unicef

Kempen "1 dalam 11" bermaksud satu bagi setiap 11 sekolah rendah akan ada kanak-kanak yang tidak bersekolah dan menyasarkan untuk membantu 500,000 golongan yang kurang bernasib baik di Bangladesh, Indonesia dan Nepal sebelum mengembangkan usaha itu ke negara lain.

Pembabitan Messi dan Williams menerusi kempen itu akan ditayangkan sebelum perlawanan antara Barcelona menentang Atletico Madrid pada Ahad ini.

Messi dalam kenyataannya menyokong kempen itu kerana percaya setiap kanak-kanak itu berhak untuk memenuhi impian mereka.

Bagi Williams pula, program itu perlu memastikan jumlah kanak-kanak yang tidak ke sekolah berakhir dengan angka sifar.

Jurucakap Unicef, Jeremy Hartley berkata, kempen itu berharap dapat mengumpul antara USD12 juta hingga USD15 juta menerusi projek lelongan hasil seni di Sotheby's di London pada 12 Februari ini.

Turut menyumbang hasil karya seni adalah pelukis terkemuka Britain, Damien Hirst selain Jeff Koons dan Richard Serra dari Amerika Syarikat dan Takashi Murakami dari Jepun.

Presiden FC Barcelona, Josep Maria Bartomeu berkata, kelab itu komited terhadap usaha itu dan setiap pemainnya menyumbang 0.5 peratus daripada pendapatan mereka kepada yayasan itu setiap tahun untuk mempromosi sukan dan pendidikan.

Essa Al Mannai yang juga pengarah Reach Out to Asia pula berkata, program itu menyasarkan 162,000 kanak-kanak di Bangladesah, 100,000 di Indonesia termasuk yang kurang upaya dan 265,000 di Nepal.

Sumber : mstar.com.my

Fida kini hanya jual minyak wangi

Meskipun tirai 2015 sudah bermula, coretan hitam dua tahun lalu masih menghambat perjalanan hidup pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim atau mesra dengan sapaan Fida, 29.


Fida kini hanya jual minyak wangi, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, fida ibrahim,

Insiden yang berlaku ketika dia membintangi satu telefilem itu nyata menjadi igauan ngeri dalam perjalanan karier seni hingga kini.

Dakwaan dia berlagak 'diva' serta tidak berdisiplin kerana lari meninggalkan set penggambaran bagaikan terus menghukum Fida hingga sukar untuknya membersihkan nama yang tercemar itu.

Lebih memilukan Fida, sejak insiden itu berlaku hingga hari ini imejnya dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan bagaikan negatif.

Fida berkata, tidak banyak tawaran berlakon diperolehnya meskipun baru selesai membintangi telefilem komedi, Idris MLM arahan Mamat Khalid.

"Saya akui kehidupan sekarang agak sukar kerana tidak banyak tawaran berlakon. Ia memberi impak pada sumber kewangan saya.

"Walaupun saya masih bujang, tetapi ada komitmen pada keluarga yang perlu saya tanggung. Jadi, kini saya hanya mampu menjalankan perniagaan online (dalam talian).

"Saya mengambil inisitif berniaga minyak wangi secara online dalam jumlah tidak banyak. Saya hanya menyediakan barangan berdasarkan permintaan," katanya.

Menurut Fida, dia tidak berani untuk membeli minyak wangi dijual itu dalam kuantiti banyak kerana bimbang perlu menanggung kerugian sekiranya tiada pembeli.

Akur dengan dugaan menimpa dirinya kini, Fida berkata, meskipun mengalami saat sukar, dia yakin pasti ada hikmah kebaikan di sebaliknya.

Anak bongsu dalam keluarga ini mengakui dia takkan sesekali patah semangat dengan mudah dan nekad akan terus berjuang untuk membina nama sebagai insan seni berjaya.

Apapun, Fida mengakui dia teruja menanti tayangan drama adaptasi novel lakonannya, Setulus Janji yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menyentuh mengenai nyanyian pula, Fida berkata, dia ada perancangan untuk merakamkan lagu ciptaan dia sepenuhnya untuk dijadikan single solo.

Sumber : hmetro.com.my

Yaya Toure terbaik Afrika buat kali ke-4

Pemain tengah Manchester City dan Ivory Coast Yaya Toure muncul pemain pertama yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Afrika empat kali berturut-turut.

Yaya Toure terbaik Afrika buat kali ke-4, info, terkin, bola sepak, yaya toure,

Pemain berusia 31 tahun itu mengatasi penyerang Gabon dan Borussia Dortmund Pierre-Emerick Aubameyang serta penjaga gol Nigeria Vincent Enyeama yang mewakili kelab Perancis Lille.

Toure menyamai rekod bintang Cameroon Samuel Eto’o yang pernah menjulang anugerah itu empat kali tetapi dia adalah pemain pertama yang dinobatkan selaku pemenang empat kali berturut-turut.

Toure yang menang anugerah itu buat kali pertama pada 2011, mengetuai Manchester City merangkul gelaran Liga Perdana musim lalu selain membantu negaranya di Piala Dunia Brazil.

Jurulatih dan pengarah teknikal 54 negara anggota Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) mengambil bahagian dalam sesi pemilihan itu.

Ndombe Mubele yang menjaringkan enam gol ketika AS Vita dari Congo melangkah ke final Liga Juara-Juara, dipilih sebagai Pemain Terbaik Afrika bagi kategori pemain yang beraksi di benua itu.

Asisat Oshoala dari Nigeria mengatasi Desire Oparanozie dan penjaga gol Cameroon Annette Ngom Ndom selaku Pemain Wanita Terbaik Afrika. Dia turut memenangi anugerah Pemain Remaja Wanita Terbaik.

Algeria dipilih sebagai Pasukan Terbaik Afrika tahun lalu selepas layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia manakala anugerah Jurulatih CAF Terbaik dimenangi Kheireddine Madoui yang mengendalikan ES Setif menjulang gelaran Liga Juara-Juara Afrika.

Kelab Algeria, ES Setif dipilih sebagai Kelab Terbaik Tahunan.

Sumber : hmetro.com.my

Milner cabar rakan sepasukan

James Milner melontarkan cabaran buat semua pemain Manchester City supaya membuktikan kesungguhan mereka untuk mempertahankan Liga Perdana Inggeris ketika skuad kendalian Manuel Pellegrini itu dijadualkan menentang Everton malam ini.

Milner cabar rakan sepasukan, info, berita sukan, bola sepak, James Milner, Man city, epl

City berkongsi mata dengan pendahulu, Chelsea - dibezakan hanya dengan abjad - selepas mempamer aksi membanggakan sejak kebelakangan ini.

Juara bertahan itu ketinggalan lapan mata berbanding anak buah Jose Mourinho ketika November sekali gus meningkatkan lagi persoalan mengenai masa depan Pellegrini.

Bagaimanapun, semua keraguan itu sudah diketepikan dan mereka kini mengumpul 13 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Satu-satunya keputusan kurang memberangsangkan ialah apabila seri 2-2 dengan Burnley dan Milner melihat tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh mengekalkan rentak kemenangan di Goodison Park malam ini.

“Saya harap kami akan berjaya mencipta jurang perbezaan yang memihak kepada kami berbanding Chelsea,” kata Milner.

“Ada yang berpendapat perlawanan malam ini adalah lebih sukar berbanding Krismas lalu tetapi ia adalah anggapan biasa di dalam Liga Perdana. Pasti ada pasukan yang kehilangan rentak. Setiap perlawanan Liga Perdana adalah sukar.

“Bukan anda tidak pernah melihat pasukan di tangga terbawah memasang impian untuk menewaskan pasukan teratas dan ia pernah berlaku banyak kali. Lihat saja aksi Burnley ketika mereka bermain di tempat kami dan anda akan faham apa yang saya maksudkan.

“Ada kalanya, lebih mudah menentang pasukan di pertengahan liga berbanding pasukan di kelompok bawahan. Bagaimanapun, tiada siapa boleh mengatakan bahawa aksi Liga Perdana adalah mudah.

“Apa yang boleh kami lakukan ialah menumpukan perhatian kepada permainan kami dan jika kami berjaya memperoleh keputusan positif, kami perlu bergantung kepada keputusan perlawanan membabitkan Chelsea pula.”

Sumber : hmetro.com.my


Sayur RM3 Sekilogram Kini RM10 Di Lembah Klang

Sayur-sayuran yang dijual RM3 sekilogram sebelum ini kini mencecah RM10 satu kg di Lembah Klang kononnya atas alasan banjir walaupun sumbernya bukan diperoleh dari negeri-negeri yang dilanda banjir, kata seorang pegawai kanan Pejabat Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor.


Sayur RM3 Sekilogram Kini RM10 Di Lembah Klang, info, terkini, berita, harga sayur melambung,

Bayam, kacang buncis dan sawi yang dijual di sekitar Lembah Klang sebenarnya diperoleh dari Ulu Yam dan Cameron Highlands, kata Penolong Pengarah Kanan PPDNKK Selangor, Yusof Bakar.

Katanya, kenaikan harga sayur-sayuran itu sepatutnya tidak berlaku.

Beliau berkata, pejabatnya yang turut mengawasi kawasan Lembah Klang tidak dapat mengambil tindakan kerana sayur-sayuran itu bukan barang kawalan dan hanya boleh menasihatkan para peniaga sahaja.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mengadakan Ops Pasca Banjir di sini, Jumaat.

Sumber : mstar.com.my

Friday, January 9, 2015

Jika Tiada Mayat QZ8501, Petugas Forensik Memancing Ikan

Selepas hampir dua minggu sibuk bertugas mengenal pasti identiti mayat, selain duduk termenung atau bersembang kosong di bilik mayat, jangan terkejut melihat petugas forensik nahas QZ8501 juga leka memancing ikan air tawar.


Jika Tiada Mayat QZ8501, Petugas Forensik Memancing Ikan, info, terkini, berita,

Mungkin itulah sahaja cara paling mudah mengisi masa lapang buat puluhan anggota pasukan dikenali sebagai Disaster Victim Indentification (DVI) yang agak popular sejak drama bersiri Crime Scene Investigations (CSI) disiarkan stesen TV seluruh dunia.

Bertempat di Hospital Polis Jawa Timur Bhayangkara di sini, unit DVI pasukan polis Indonesia bergilir-gilir mengikut syif dengan petugas forensik luar negara cuma sibuk sejurus mayat dari bangkai pesawat malang AirAsia Indonesia itu berjaya ditemui.


Jika Tiada Mayat QZ8501, Petugas Forensik Memancing Ikan, info, terkini, berita,

Namun, sementara menunggu jenazah baharu yang pasti mengambil masa dijumpai pasukan pencari pelbagai negara di perairan Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah, suasana sunyi sepi turut membosankan sesiapa sahaja di hospital itu.

Justeru, sebelum pesawat dari Pangkalan Bun tiba di Juanda, Surabaya, masa luang yang ada diisi sebaiknya dengan memancing ikan di kolam yang terletak di belakang kompleks markas Polis Wilayah Jawa Timur dan tidak pula jauh dari hospital berkenaan.

Lengkap berpakaian seragam universal baju jingga dan seluar gelap, mereka cuma duduk santai mengelilingi kolam ikan seluas 100 x 50 meter itu bersama-sama tanpa mengira pangkat sambil bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan dari pelbagai negara.

Selain pemancing ikan dari kalangan anggota Tentera Nasional Indonesia, pasukan DVI antarabangsa itu turut mengandungi ramai petugas forensik terbaik dari Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Australia dan Emiriah Arab Bersatu.

Sehingga lewat malam tadi, sudah ada 41 jenazah yang tiba di Bhayangkaran dengan 25 daripadannya berjaya dikenal pasti serta telah diserahkan kepada pihak keluarga manakala jenazah yang lain setakat ini masih dalam proses pengecaman.– Agensi