Tuesday, February 24, 2015

Pemain Atletico Madrid Harap Simone Contohi Alex Ferguson

Pemain Atletico Madrid, Tiago Mendes mengakui beliau menyenangi terdapat penyambungan kontrak baharu buat pengurusnya, Diego Simeone.


Pemain Atletico Madrid Harap Simone Contohi Alex Ferguson, info sukan, bola sepak, la liga, diego simone,

Pemain kelahiran Portugal itu berharap Simeone yang turut dikenali sebagai Cholo itu akan menjadi seperti bekas pengurus Manchster United, Sir Alex Ferguson yang menguruskan pasukannya begitu lama.

Tiago percaya bahawa Atletico Madrid akan memberikan penawaran kontrak jangka panjang kepada Simeone.

Walaupun pemain berusia 33 tahun itu hanya mendengar perkhabaran itu daripada pihak media.

Tiago berharap Simeone akan menjadi pengurus Atletico Madrid lebih lama lagi daripada apa yang dinyatakan di dalam kontrak baharu tersebut.

Bekas pemain Chelsea itu berharap Cholo dapat menjadikan contoh Alex Ferguson di Manchester United yang mengendalikan satu pasukan selama 27 tahun sehingga persaraannya.

"Kami mendengar tentang pembaharuan kontrak (Simeone) daripada media. Kami amat menyenangi perkhabaran itu. Saya fikir mereka sedang berunding mengenai kontrak beliau selama lima tahun. Namun, apa yang kami inginkan adalah 10 tahun. Para pemain dan penyokong amat menyenangi dia," kata Tiago kepada AS.

"Saya sangat berharap (Simeone dapat mencontohi Sir Alex Ferguson). Walaupun (keputusan) bergantung kepada pengurus dan kelab, tetapi kami tidak boleh membiarkan hal ini daripada perhatian kami. Perkara ini merupakan saat-saat yang sangat penting pada musim ini."

Sumber : mstar.com.my

Punca Lisa Surihani Tolak Tawaran Mengendalikan Rancangan Anugerah Oskar

Pelakon Lisa Surihani menganggap tiada rezekinya apabila peluang dia untuk mengendalikan rancangan siaran langsung dari lokasi Anugerah Oskar di Los Angeles, Amerika Syarikat yang berlangsung pada Isnin digantikan dengan pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi.

Pelakon Lisa Surihani, info, terkini, hiburan, sensasi, Lisa Surihani, Aznil, Pak Nil,

Malah, Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 29, berkata, Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil lebih layak untuk mengalas tanggungjawab tersebut berikutan pengalaman luas dalam bidang pengacaraan.

"Pada awalnya memang saya sepatutnya pergi ke Anugerah Oskar itu tetapi disebabkan keadaan saya sekarang (mengandung) saya terpaksa menolak tawaran itu. Ia mengambil masa yang terlalu panjang untuk berada dalam penerbangan ke sana.

"Bagi saya tempat itu digantikan kepada orang yang paling layak dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengacaraan," ujarnya kepada mStar online.

Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Breakfast With The Star yang diadakan di Hotel Shang-rila, di sini, sambil menyaksikan siaran langsung Anugerah Oskar ke-87 menerusi saluran Astro HBO.
 

Pelakon Lisa Surihani, info, terkini, hiburan, sensasi, Lisa Surihani, Aznil, Pak Nil,
Aznil Haji Nawawi.

Tambah Lisa, suaminya Yusry Abdul Halim turut menyokong keputusannya untuk menolak tawaran tersebut selepas disahkan mengandung anak sulung mereka.

Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangannya, Lisa berkata, dia merancang untuk berehat daripada aktiviti seni sehingga melahirkan cahaya mata.

"Saya memang merancang untuk berehat sehingga lepas bersalin, namun saya tidak buat keputusan lagi dan tengok keadaan kesihatan.

"Saya lihat ada perempuan mengandung yang kuat untuk melakukan aktiviti selepas beberapa bulan kandungan, jadi saya lihat bagaimana keadaan saya nanti kalau tidak mengizinkan barulah saya berehat," ujarnya.

Mengulas apabila ditanya tentang perkembangan kandungannya, Lisa berkata semuanya berjalan dengan baik.

Tambahnya, setakat ini dia belum mempunyai nafsu makan yang luar biasa seperti kebiasaan wanita mengandung lain.

"Kalau pasal makan belum ada yang pelik-pelik lagi, biasanya saya random sahaja mahu makan apa.

"Namun tak berani nak cakap kerana mungkin selepas ini ada pula rasa nak makan atau mengidam tu," ujarnya.

Sementara itu, Lisa berkata, disebabkan terlalu rindu terhadap bidang lakonan, suaminya membenarkan sebuah penggambaran drama dilakukan di rumah mereka.

Jelas Lisa, perkara itu membolahkan dia sentiasa berada dalam bidang ini biarpun sudah lama tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran.

"Saya rindu ingin berlakon tetapi keadaan tidak mengizinkan, jadi suami saya benarkan satu penggambaran di rumah supaya saya boleh lepas rindu.

"Bila tengok penggambaran itu saya rasa sangat gembira dan puas, setidak-tidaknya saya tidak rasa terlalu ketinggalan daripada bidang ini," ujarnya.


Sumber : mstar.com.my

Monday, February 16, 2015

Pos Malaysia Pasang Peti Surat Di Gunung Masuk Malaysia Book of Records

Peti surat ke 3,110 telah dilancarkan oleh Post Malaysia Berhad di altitud tertinggi Malaysia iaitu di Pendant Hut semalam.


Pos Malaysia Pasang Peti Surat Di Gunung Masuk Malaysia Book of Records, info, terkini,berita, gunung kinabalu

Dengan ketinggian kedudukan peti surat itu pada aras 3,289 meter dari aras laut sekaligus membuatkannya tersenarai dalam  Malaysia Book of Records (MBR).

Menurut Pos Malaysia, Pendant Hut boleh ditemui melalui pendakian selama empat hingga enam jam dari Taman Kinabalu.

“Pos Malaysia berharap inisiatif ini akan meningkatkan lagi populariti Gunung Kinabalu di mata dunia.

“Peti surat ini pasti akan menjadi tarikan baharu untuk pelancong di mana mereka boleh memperingati pendakian bersejarah mereka dengan menghantar surat dan poskad pada ketinggian 3,270 meter,” kata kenyataan itu hari ini.

Selain itu, seorang posmen akan ditugaskan bagi membuat kerja-kerja pungutan surat dan poskad dari peti surat tersebut pada pukul 12 tengah hari pada seitap hari bekerja.

“Semua surat dan poskad yang dipungut akan dikumpulkan oleh sebuah van Pos Malaysia yang berulang-alik dari pejabat Mountain Torq, sebuah ejen berlesen Pos Malaysia pada pukul 10 pagi hari berikutnya untuk diproses di Pejabat Pos Ranau,” katanya dalam kenyataan itu.

Sumber : Siakapkeli.com.my

Uqasha Muat Naik Foto Dengan Pekin.. Cinta Bertaut Kembali Ke?

Haaa.. rasanya semua peminat hiburan mengetahui perihal status hubungan cinta yang sudah lama berakhir antara pelakon jelita, Uqasha Senrose bersama Pekin Ibrahim.


Uqasha Muat Naik Foto Dengan Pekin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, pekin ibrahim, uqasha senrose


Peliknya, terbaharu Uqasha dilihat memuat naik gambarnya bersama bekas tunangnya dalam Instagram.

Lebih menimbulkan tanda tanya, kedua-duanya seolah-olah nampak mesra sambil melakukan pelbagai aksi selfie.

Aik, cinta sudah kembali bertaut ke?

Namun, menerusi mStar Online, Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 23 berkata, tindakannya itu bukan bererti mereka kembali bercinta namun untuk membuktikan mereka tidak lagi bermusuhan dan berdendam.

“Alhamdulillah hubungan kami baik-baik sahaja sebagai kawan. Tidak lebih daripada itu,” katanya lagi.

Bercerita detik-detik pertemuan, Uqasha memberitahu dia bertemu Pekin secara tidak sengaja ketika menghadiri sesi fotografi berasingan di sebuah syarikat akhbar, semalam.

Pada masa yang sama Uqasha menjelaskan antara mereka tidak mungkin akan bersama sebagai kekasih kerana masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.”Ia tidak mungkin berlaku. Biarlah kami kawan biasa sahaja dan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Saya berharap dia akan bertemu dengan kebahagiannya,” jelasnya.

Sumber : mynewshub.cc

Video Budak-Budak Berangan ISIS, Nak Letup Mahkamah M’sia

Setelah melalui proses mahkamah yang panjang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan perlu menjalani hukuman 5 tahun penjara, namun sehingga kini masih ada pihak tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.


Video Budak-Budak Berangan ISIS, Nak Letup Mahkamah M’sia, info, terkini, berita, sensasi

Segelintir penyokong Anwar masih merancang mahu melakukan demonstrasi, berhimpun di hadapan Penjara Sungai Buloh dan sebagainya untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.

Terbaharu, tersebar sebuah video melibatkan empat pemuda yang menggelarkan diri mereka, Isis Malaysia 69.

Menerusi rakaman video yang dimuatnaik di YouTube, mereka memberitahu sudah tidak lagi percayakan sistem demokrasi negara ini dan sebagai langkah permulaan menunjukkan pendirian tersebut, mereka akan membakar mercun di mahkamah pada 18 Februari ini.

Secara realiti, tak boleh juga kalau nak kaitkan perbuatan mereka ini ada kena mengena dengan kes Anwar Ibrahim kerana tak mustahil juga empat pemuda ini tak punya stand yang jelas pun dalam hidup mereka tetapi sekadar ikut-ikutan dengan isu semasa.

Kebetulan kes Anwar dan miitan ISIS tengah hot maka mereka pun tampil dengan idea video bangang begini.

Tengok sajalah, teks ucapan yang dibacakan pun guna gambar Nora Danish…dari situ dah dapat dirumuskan ini kerja orang-orang gila glamor yang mungkin tengah menganggur lepas tamat sekolah atau dibuang pengajian universiti.

Berdasarkan gaya percakapan pun, cuma perkataan ‘F**K’ sahaja yang dilaungkan penuh semangat manakala lain-lain memerlukan teks yang dikarang.

Apa pun tak kiralah sama ada ini perbuatan serius mahu pun sekadar suka-suka, ianya tidak boleh diterima kerana terang-terangan mencabar maruah negara.

Diharapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat ancaman ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat supaya tidak ada puak lain berani nak main-main dengan hal sebegini pada masa akan datang.


Sumber : mynewshub.cc

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya

Pejam celik pejam celik usia Neelofa sudah pun mencecah 26 tahun. Masih teringat lagi di awal kemunculan pelakon jelita ini.

Neelofa mula popular selepas pertandingan Dewi Remaja seiring dengan rakan-rakannya yang lain seperti Izara Aishah dan Anzalna.

Dihimpit pelbagai kontroversi, kini Neelofa tampak lebih matang dan fokus dalam kerjaya serta perniagaan.

Selain menjadi pelakon dan pengacara, Neelofa juga kini aktif meniaga pelbagai produk seperti tudung, contact lens dan macam-macma lagi.


Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Fesyen Anggun Neelofa di majlis harijadinya, INFO, TERKINI, HIBURAN, SENSASI, NEELOFA

Sumber : iskandarx.com