Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

Masukkan Adik Baru Lahir Dalam Beg Untuk Tunjuk Kepada Kawan Di Sekolah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun membawa adiknya yang baru lahir di dalam beg plastik ke sekolah untuk ditunjuk kepada rakannya.


Masukkan Adik Baru Lahir Dalam Beg Sekolah, info, terkini,berita,

Menurut akhbar Ain Ha’al, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya.

Untuk meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah.

Ibunya yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah mereka menangis meminta tolong.

Di sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi berkenaan.

Apabila disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya bahawa dia sudah mempunyai adik. - Agensi

Lelaki Cina Perli Jakim Mohon Maaf

Belum reda dengan isu Eric Paulsen yang menghina JAKIM secara terbuka di media sosial, tampil pula seorang lelaki cina melakukan perkara yang sama terhadap JAKIM.


Lelaki Cina Perli Jakim Mohon Maaf, info, terkini, berita,

Ang  Tan Loong, secara terbuka memerli JAKIM di laman Facebook THE STAR tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.

Commentnya di Facebook The Star,

"Jakim please open file in this case since you don't have much to do.

"Muslims should be banned from riding such superbikes. Only bikes and vehicles pulled by cow are permitted on Muslims," katanya.

Akibatnya, screentshot comment Ang menjadi viral di media sosial dan dikecam netizen yang menganggap Ang sengaja mencetuskan kemarahan umat Islam.

Netizen juga meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Ang serta menghantar lelaki itu balik ke negara asalnya, China.


Ang yang sedar akan kesilapannya itu akhirnya mengaku salah dan meminta maaf secara terbuka di Facebook selain dari membuang comment kontroversi itu.

"To the Muslim community, I Ang Tan Loong hereby, without reservations admin and apologise to the inappropriate, sensitive comments.

“For the info of all, upon realising my mistake  early this morning I had immediately removed and deleted such comments.

“Unfortunately, some here had taken screenshots  and circulated without my knowledge.

“I stand corrected and it is now beyond my  ability to prevent such circulations and it’s my fervent hope that this issue be  put to rest.” katanya.

Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, status permohonan maafnya itu telah dibuang dari Facebook.

Inilah trend golongan 'keyboard warrior' yang gemar mencetuskan ketegangan di antara kaum dan agama. Apabila identiti mereka terdedah dan dikecam netizen, jalan terakhir mereka adalah memohon maaf secara terbuka yang ternyata tidak ikhlas.

Pihak PDRM seharusnya mengenakan hukuman yang tegas pada golongan seperti ini.

Sumber : thehypemedia.com

Video Lelaki India Pukul Pak Haji

Sebuah klip video pergaduhan membabitkan kaum India dan Melayu mula tersebar di laman Facebook sejak jam 1 petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Teluk Intan, Perak itu, beberapa lelaki berbangsa India bergaduh di lokasi kejadian dan seorang lelaki, 'pak haji', cuba menenangkan lelaki-lelaki itu dari terus terjerit-jerit.


Video Lelaki India Pukul Pak Haji, info, terkini, berita, sensasi,

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila pak haji turut ditumbuk di kepalanya dan mengundang ketidakpuasan hati orang ramai yang menyaksikan insiden tersebut.

Polis yang berada di tempat kejadian, gagal menghalang lelaki itu bertindak ganas dan sempat melarikan diri selepas insiden terbabit, lapor sumber.


Menurut sumber, lelaki itu bagaimanapun telah menerima balasannya, ditumbuk oleh beberapa lelaki melayu yang berang dengan tindakan biadabnya itu.

"Dah kena pukul balik lelaki tu dengan budak-budak melayu. Video tu tak record habis. Lelaki tu lari menyorok di stesen Shell dan polis pun kejar dia.

"Pukul tak pukul la bro, pak haji tu sempat tepis then jek sekali kepala lelaki tu. Jangan kata budak-budak melayu tak ambil kisah selepas lelaki tu pukul pak haji tu. Tanya Ah Meng Sparepart kalau tak percaya," katanya.

Motif kejadian masih tidak diketahui.

Sumber : thehypemedia.com

Punca Jawi Tak Jadi Keluarkan Waran Tangkap Gadis K-Pop

Tiga remaja perempuan bertudung yang terbabit dalam kontroversi aksi sumbang di konsert kumpulan K-Pop, B1AF baru-baru ini mungkin terlepas daripada dikenakan tindakan apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memutuskan untuk tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Punca Jawi Tak Jadi Keluarkan Waran Tangkap Gadis K-Pop , info, terkini, berita, sensasi, isu KPOP, JAwi

Minggu lalu, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan sebagai berkata, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan sekiranya ketiga-tiga wanita berkenaan tidak tampil memberikan kerjasama selepas diberi tempoh seminggu.

Bagaimanapun, sumber Jawi memberitahu mStar Online, jabatan itu memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut apabila sehingga ke hari ini ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatan.

"Kita sudah memberi mereka tempoh selama seminggu untuk tampil membantu siasatan. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian.

“Selepas berbincang, kita putuskan untuk tidak mengenakan waran tangkap ke atas mereka. Tetapi kita secara terbuka bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada mereka,” katanya.

Menurut sumber Jawi lagi, ketiga-ketiga remaja berkenaan mungkin mendapat nasihat daripada pihak lain berikutan insiden yang mencetuskan kontroversi itu.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan bersama tiga peminat wanita Islam ketika berada di atas pentas konsert di Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.

Jawi sebelum ini telah membuka kertas siasatan siasatan berhubung isu tersebut telah dibuka di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Jika disabitkan bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : mstar.com.my

Pizza Hut vs Domino’s: Perang Harga Pizza Terendah

Berita baik buat penggemar pizza semua! Kedua-dua outlet pizza popular di Malaysia, Pizza Hut dan Domino’s Pizza kini memang bagi harga promosi kaw-kaw punya buat anda menjamu selera.


Pizza Hut vs Domino’s: Perang Harga Pizza Terendah, info, terkini, berita, sensasi

Promosi yang dijalankan Pizza Hut bermula awal bulan ini yang menawarkan 16 variasi pizza yang diberi potongan harga sebanyak 50 peratus.

Personal pizza dijual RM5, RM10 bagi saiz regular dan RM15 bagi pizza bersaiz besar, tapi promosi ini hanya sah untuk pesanan ‘take away’ sahaja.

Pizza Hut vs Domino’s: Perang Harga Pizza Terendah, info, terkini, berita, sensasi

Sementara itu, Domino’s Pizza terlebih dahulu tampil dengan promosi serupa, yang mana promosi hebat boleh digunakan sama ada ‘dine in’ di situ mahupun untuk pesanan ‘take away’.



Apa lagi, cepat-cepatlah serbu rangkaian pizza berdekatan anda untuk menikmati harga runtuh yang ditawarkan mereka!

Sumber : mynewshub.cc

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini

Keadaan banjir di Sarawak dilaporkan semakin buruk setakat petang tadi dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat di empat buah daerah yang terlibat.


Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara(MKN) jumlah mangsa yang dipindahkan sudah meningkat kepada 3,892 daripada hanya  3,458 orang semalam seperti yang diaporkan NST sebelum ini dengan satu pusat pemindahan baru terpaksa dibuka iaitu Pusat pemindahan di SMK Simunjan menjadikan jumlah pusat pemindahan kepada 26 buah.

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) telah dikeluarkan pada jam 2.12 petang tadi dengan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah & Bintulu dijangka berterusan sehingga Selasa, 20 Januari 2015.

Sungai Baru Kitang di Kuching pada diaporkan telah melebihi paras bahaya dengan tren menaik sehingga sekarang iaitu sudah paras 5.14 meter manakala dua sungai lagi sudah melebihi paras amaran iaitu Suangi Buan Bidi 17.76m (aras bahaya 17.80m) dengan trend menaik dan Sungai Siniawan, 6.72m (aras bahaya 7.20m) juga dalam trend menaik.

Video di bawah adalah situasi yang jarang-jarang berlaku di Kuching Waterfront di mana Air sungai Sarawak melimpah sampai ke tebing sekitar pukul 6 petang tadi.


Sementara itu, telah berlaku runtuhan salam di Puncak Borneo menyebabkan beberapa kampung iaitu kampung Karu, Kapung Bayur, Kampung Sibuangm kampung Simuti, Kampung Sibakar, dan kampung Begu terputus hubungan.


Jumlah sekolah yang ditutup akibat banjir di Sarawak sehingga kini kekal 33 sekolah namun keadaan cuaca petang ini nampak bertambah baik dan menjanjikan suasana yang diramal lebih positif selepas ini.


Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Banjir Di Sarawak Dilaporkan Semakin Buruk Hari Ini, info, terkini, berita, kuching sarawak, bencana banjir

Sumber : Siakapkeli.com.my

Pergi dalam pangkuan ibu

“Arwah sempat diajar mengucap sebelum dia menghembus nafas terakhir di pangkuan ibunya,” kata seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Azman, menceritakan kejadian seorang remaja maut terjatuh dari tingkat enam rumahnya di Blok A-6-1 Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jalan Padang Tembak, Air Itam, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, Mohd Hizri Jaafar, 18, yang mengalami demam panas keluar dari rumahnya sebelum dia terjatuh dari tingkat enam flat berkenaan.

Kejadian disedari ahli keluarga dan mereka kemudian turun melihat mangsa yang ketika itu masih bernafas sambil merintih menahan kesakitan.

Azman berkata, ketika itu remaja terbabit sempat memberitahu kepada ahli keluarganya bahawa dia sudah hendak mati dan ibunya yang berada di sisi anaknya, tidak putus-putus mengajar remaja itu mengucap.

“Suasana ketika itu sangat memilukan dan selepas diajar mengucap remaja terbabit meninggal dunia di pangkuan ibunya.

“Saya difahamkan mangsa mengalami demam panas dan dia mungkin tidak selesa berada dalam rumah sebelum keluar dan terjatuh dari tingkat enam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa maut lima minit sebelum ambulans tiba dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah anggota badan dan kepalanya.

“Pemeriksaan mendapati tidak sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Pergi dalam pangkuan ibu, info, terkini, berita,

Orang ramai di sisi Mohd Hizri sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir.

Sumber : harian metro

800,000 bantah Charlie Hebdo

Ratusan ribu penduduk Chechnya semalam berhimpun untuk membantah penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo minggu lalu.

Kementerian Dalam Negeri Russia menganggarkan lebih 800,000 orang membanjiri Grozny untuk menghadiri demonstrasi berkenaan.

Pemimpin Chechnya Ramzan Kadyrov yang berucap di perhimpunan itu berkata: “Ini adalah protes terhadap semua yang menyokong penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW.”

Ramzan turut menyelar kerajaan Perancis kerana menyokong hak Charlie Hebdo untuk menyiarkan kartun mengenai Nabi Muhammad SAW itu di muka depannya beberapa hari selepas dua beradik membunuh 12 orang di pejabat majalah satira itu di Paris.

“Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak sekali-kali berdiam diri jika ada yang menghina nama Rasulullah dan agama kami,” katanya.

800,000 bantah Charlie Hebdo, info, terkini, berita, sensasi, Isu Charlie Hebdo

Sebahagian daripada penduduk Chechnya berarak di Grozny membantah karikatur Nabi Muhammad SAW.

Sumber : hmetro.com.my

Treler ‘Singgah’ tasik

Usaha orang awam menyelamatkan seorang pemandu treler daripada lemas selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam tasik di Jalan Batu Arang, berhampiran Puncak Perdana, di sini, semalam gagal apabila lelaki itu disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Kemalangan kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 20-an maut dipercayai akibat lemas walaupun bantuan pernafasan sudah diberikan pasukan perubatan.

Difahamkan, treler yang membawa muatan bata itu dari arah Puncak Alam menuju ke Puncak Perdana terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di kiri jalan dan terus menjunam ke dalam tasik.

Orang ramai yang melalui jalan sama cuba menyelamatkan mangsa dengan mengeluarkannya daripada tasik.

Jurucakap bomba berkata, ketika dibawa naik orang ramai, mangsa tidak sedarkan diri dan cuba diberikan bantuan pernafasan, tetapi tidak dapat menyelamatkannya.
Treler ‘Singgah’ tasik, info, terkini, berita, nahas kemalangan jalan raya,
Anggota polis memeriksa treler yang terbabas masuk tasek.


Sumber : hmetro.com.my

Jatuh Dari Tingkat 13 Ketika cari nenek

Seorang budak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 13 rumahnya di pangsapuri di Jalan Rajawali, I-Park, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Muhammad Alif Hamizan Abdul Khalid berusia lima tahun dikatakan terjatuh melalui tingkap dapur rumahnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak terbabit tiada di rumah dan mangsa tinggal bersama neneknya.

"Ketika itu neneknya menghantar kakak kanak-kanak itu ke sekolah dan meninggalkan mangsa yang sedang tidur .

"Mangsa terjaga sebelum membuka pintu besi bahagian dapur dan terus terjatuh," katanya.

Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Jatuh Dari Tingkat 13 Ketika cari nenek, info, terkini, berita,

Safiah Drafsa,42, tidak menahan kesedihan ketika melihat jenazah anak saudaranya yang maut di bawa keluar dari bilik mayat di Hospital Balik Pulau.


Sumber : hmetro.com.my

Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear

Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear terus panas apabila Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas meja, kerusi serta meja membancuh air di premis di Jalan Penang, di sini, tanpa sebarang notis, pagi semalam.

Kejadian berlaku pada jam 4 pagi apabila sepasukan 40 anggota dan pegawai MPPP menyerbu restoran berkenaan dan mengambil meja membancuh teh, meja dan kerusi serta memasukkannya ke dalam lori, tetapi percubaan mengambil barangan lain berjaya dihalang.

Tindakan itu mengejutkan kerana tiada sebarang notis pemberitahuan diberikan kepada pemilik restoran berkenaan, malah beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera turut terpinga-pinga dengan serbuan berkenaan.

Anak pemilik restoran, Salim Madinah, 36, berkata, tindakan dianggap zalim itu cukup menyedihkan kerana isu yang berlaku adalah masalah keluarga dan MPPP sebagai orang tengah seharusnya membantu mereka, bukannya merampas peralatan tanpa notis dan segala tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di situ.

“Kami akan mempertahankan hak kami kerana restoran ini hak milik datuk kami. Malah, kami sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankannya daripada diambil pihak yang tidak mempunyai hak.
 Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear, info, terkini, berita,

Rakaman CCTV menunjukkan anggota penguat kuasa merampas meja makan awal pagi semalam. - See more at:

Sumber : hmetro.com.my

Monday, January 19, 2015

Lagi Penunggang Motosikal Maut di Bentong

Seorang penunggang motosikal terbunuh dan seorang yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal berkuasa tinggi berhampiran Bukit Tinggi, Bentong.


Lagi Penunggang Motosikal Maut di Bentong , info, terkini, berita, kemalangan jalan raya, kemalangan motor berkuasa tinggi,

Mangsa Syaiful Buhairi Abdullah, 27, dari Sungai Besi menunggang motosikal KTM Duke 200cc dari Kuala Lumpur ke Berjaya Hill ketika kemalangan berlaku kira-kira tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata Syaiful Buhairi dikatakan hilang kawalan di KM7 Jalan Berjaya Hill lalu terbabas ke laluan bertentangan.

"Dia kemudian merempuh seorang lelaki lain yang menunggang motosikal Kawasaki Z800. Syaiful Buhairi meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Mangsa kedua yang motosikalnya meletup dan terbakar mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan.



Sumber : mstar.com.my

Maut terseret dirempuh kereta

Seorang pekerja kilang terbunuh selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Tahana, Tampoi di sini, kelmarin.


Maut terseret dirempuh kereta, info, terkini, berita, ngeri, nahas jalan raya, kemalangan jalan raya,

Dalam kejadian jam 6.45 petang, mangsa Saiful Nizam Sukaji, 20-an, meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai turut terseret sebelum dilanggar kereta dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal mangsa hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di Kawasan Perindustrian Tampoi dipercayai terseret sebelum dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Tahana parah di kepala dan badan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya.
 

Sumber : hmetro.com.my

Rangka manusia dijumpai di Taman Putera Jaya Telipok

Satu rangka manusia dipercayai lelaki ditemui oleh sekumpulan pekerja pembersihan di kawasan semak berhampiran flat di Taman Putera Jaya Telipok dekat sini hari ini.


Rangka manusia dijumpai di Taman Putera Jaya Telipok, info, terkini, berita, sabah
Gambar Hiasan


Ketua Polis Daerah, Assistant Komisiner Polis M.Chandra berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Menggatal diketuai pegawai penyiasat Sub-Inspektor Sulaiman Rahmat yang menerima makluman orang awam mengenai penemuan itu, bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

“Rangka mayat itu ditemui oleh sekumpulan pekerja pada kira-kira jam 10.15 pagi ketika sedang melakukan kerja membersihkan kawasan semak berhampiran kawasan flat tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, anggota polis forensik yang melawat tempat kejadian mengesahkan mangsa yang belum dikenalpasti identiti itu telah meninggal dunia lebih kurang 4 minggu lalu.

Chandra juga berkata bahawa tiada unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

“Mangsa disyaki menggantung diri berdasarkan terdapat seutas tali yang terikat pada dahan dan satu simpulan di tali tersebut berada di tempat kejadian,” katanya lagi.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat.

Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi proses pengecaman mangsa.

Sumber : sayangsabah.com

KFC Perjelas Isu PErgaduhan Pekerja

Kecoh semalam dengan penyebaran rakaman video pergaduhan dua pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) di laman sosial. Berdasarkan status yang dipaparkan di laman rasmi Facebook kumpulan rangkaian makanan segera itu, mereka bergaduh mengenai masalah peribadi.


KFC Perjelas Isu PErgaduhan Pekerja, info, terkini, berita, sensasi

Status di laman itu juga menjelaskan pergaduhan itu berlaku di antara adik beradik. Timbalan Kanan Presiden KFC, MJ Ling berkata, siasatan dalaman masih dilakukan. Jelasnya lagi, pihak syarikat telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui punca sebenar insiden ini berlaku.


“KFC menjalankan latihan terperinci kepada kakitangan bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika bekerja, namun ia gagal dielakkan. Kami akan memperbaiki program yang ada bagi mengelak kejadian sama berulang lagi,” jelas Ling.

Menurutnya lagi, pihak syarikat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat. KFC sentiasa melatih kakitangan mengenai adab dan kelakuan ketika bertugas di restoran, namun insiden berkenaan jelas menunjukkan latihan itu tidak memadai.”

Rakaman video berdurasi 36 saat itu dirakam oleh pelanggan ketika menunggu giliran untuk membuat pesanan di KFC Jalan Raja Laut. Pergaduhan menunjukkan pekerja wanita memulakan pergaduhan dengan seorang budak penghantar (delivery boy). Dalam masa sama, seorang lagi pekerja lelaki muncul memberi ‘flying kick’ kepada budak penghantar itu, manakala seorang lagi pekerja lelaki cuma menenangkan keadaan. Rakaman video berakhir apabila mereka yang terlibat bergerak ke bahagian dapur, kemungkinan untuk mengelakkan lebih banyak perhatian daripada pelanggan.

Sebelum ini pada 2012, KFC pernah dilanda kontroversi apabila beberapa kakitangannya dirakam bergaduh dengan pelanggan yang menunggu pesanan.

Sumber : ammboi.com

Sunday, January 18, 2015

Rakaman Video Pekerja KFC Bergaduh Jadi Viral

Berdasarkan status yang dipaparkan di laman rasmi Facebook kumpulan rangkaian makanan segera itu,  mereka bergaduh mengenai masalah peribadi.


Rakaman Video Pekerja KFC Bergaduh Jadi Viral, info, terkini, berita, Gaduh Di KFC, sensasi

Status di laman itu juga menjelaskan pergaduhan itu berlaku di antara adik beradik.

Timbalan Kanan Presiden KFC, MJ Ling berkata, siasatan dalaman masih dilakukan.

Ling menulis, pihak syarikat telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui punca sebenar insiden ini berlaku.

"KFC menjalankan latihan terperinci kepada kakitangan bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika  bekerja, namun ia gagal dielakkan.

"Kami akan memperbaiki program yang ada bagi mengelak kejadian sama berulang lagi," jelas Ling.

Rakaman video berdurasi 36 saat itu dirakam oleh pelanggan ketika menunggu giliran untuk membuat pesanan di KFC Jalan Raja Laut.

Pergaduhan menunjukkan pekerja wanita memulakan pergaduhan dengan seorang  budak penghantar (delivery boy).

Dalam masa sama, seorang lagi pekerja lelaki muncul memberi  'flying kick' kepada budak penghantar itu, manakala seorang lagi pekerja lelaki cuma menenangkan keadaan.

Rakaman video berakhir apabila mereka yang terlibat bergerak ke bahagian dapur, kemungkinan untuk mengelakkan lebih banyak perhatian daripada pelanggan.

Sehingga kini, video yang dimuat naik pada petang Sabtu telah ditonton sebanyak 3,713 kali.


Rakaman video pergaduhan dua pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) menjadi viral di laman sosial.
Sumber : mstar.com.my

Jabatan Meteorologi Kesan Ribut Tropika Mekkhala

Jabatan Meteorologi Malaysia mengesan ribut tropika kuat (Mekkhala), kira-kira 1,154 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah, jam 5 pagi tadi.


Jabatan Meteorologi Kesan Ribut Tropika Mekkhala, info, terkini, berita, cuaca pelik, ribut tropika Mekkhala

Dalam amaran kategori ketiga, jabatan itu berkata ribut yang bergerak ke arah Barat-Barat Daya berkelajuan 15 kilometer sejam (kmsj) itu membawa angin kencang timur laut dengan kelajuan 60kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang dan Palawan dan dijangka berterusan sehingga Selasa (20 Januari).

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menurut satu kenyataan jabatan itu hari ini.

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran kategori kedua dengan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching , Labuan dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran untuk perairan di Malaysia bagi kategori kedua dengan angin kencang timur laut berkelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutun Labuan juga berterusan sehingga Selasa ini.

Menurut jabatan itu, keadaan itu selain berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai juga akan menyebabkan kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Isnin ini (19) Januari).

Jabatan Metereologi juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan).

Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan sehingga Selasa (20 Januari) dan keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, jabatan itu turut menjangkakan ribut petir di perairan Sarawak (Kuching, Mukah dan Bintulu) sehingga lewat pagi ini yang disertai angin kencang berkelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 4.5m dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai.

Keadaan yang sama dijangka turut berlaku di perairan Selangor dengan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 3.5m. – BERNAMA

Remaja Nyaris Putus Kepala Terkena Kabel Elektrik

Seorang remaja lelaki nyaris putus kepala apabila motosikal Honda Ex5 yang ditunggangnya merempuh kabel elektrik di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu, semalam.


Remaja Nyaris Putus Kepala Terkena Kabel Elektrik, info, terkini, berita, ngeri

Ketika kejadian jam 4 pagi itu, mangsa, Kamarul Helmi Mohammad, 19, sedang dalam perjalanan menghantar rakannya di Kampung Penghadang Baru.

Insiden ini dipercayai berpunca ekoran remaja berkenaan dikatakan mengantuk ketika dalam perjalanan pulang.

Memetik laporan Harian Metro, Kamarul yang tinggal di Kampung Kebor Besar, Manir berkata, dia dan rakannya berusia 22 tahun itu baru pulang bersiar-siar di Kampung Wakaf Beruas dan hendak menghantar rakannya sebelum balik ke rumah.

Katanya ketika kejadian, sebaik tiba di Kampung Kuala Bekah matanya tidak dapat menahan rasa mengantuk sehingga terlelap menyebabkan motosikalnya memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kabel elektrik di bahu kanan jalan.

“Kejadian itu terlalu pantas serta rakan tidak sempat mengejutkan saya dan kami berdua rebah selepas merempuh kabel pada tiang elektrik itu.” ujarnya.

Bagaimanapun, mangsa yang cedera parah sedang dirawat di hospital.

Sumber : mynewshub.cc

Bapa Jadikan Anak Gadis Sendiri Subjek Lukisan Bogel

Percayakah anda jika kami katakan gadis yang berbogel dalam lukisan di atas merupakan anak kepada si pelukis?


Bapa Jadikan Anak Gadis Sendiri Subjek Lukisan Bogel, info, terkini, berita, seni lukis, sensasi

Dikenali sebagai Li Zhuangping, pelukis berusia sekitar  60-an dan berasal dari Sichuan itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa karyanya dianggap mencabar aspek moral dan etika masyarakat apabila menggunakan anak gadis sendiri sebagai model lukisan bogel.
Bagaimanapun, Li memberitahu dia tidak memandang lukisannya itu dari sudut etika apatah lagi unsur seksual.

“Saya mendapat kebenaran daripada isteri dan anak perempuan saya. Kami bekerja bersama-sama.

“Tiada siapa antara kami yang berasa janggal. Ia tiada bezanya ketika saya memandikannya ketika kecil,” kata pelukis itu.


Bapa Jadikan Anak Gadis Sendiri Subjek Lukisan Bogel, info, terkini, berita, seni lukis, sensasi

Sementara itu, anak perempuannya, Li Qin yang berusia 20-an menyatakan dia hanya berbogel untuk lukisan bapanya.

“Saya juga seorang pelukis. Menjadi model untuk ayah saya adalah sesuatu yang mulia,” katanya.


Bapa Jadikan Anak Gadis Sendiri Subjek Lukisan Bogel, info, terkini, berita, seni lukis, sensasi

Bagi kami, memang benar setiap bapa pernah melihat tubuh anak tanpa seurat benang pun ketika kecil.

Tapi kalau sudah besar, fizikal pun pasti turut berubah. Tak rasa malu ke…

Sumber : mynewshub.cc

Charlie Hebdo: Rusuhan Berlarutan, Angka Korban Meningkat

Penyiaran kartun Nabi Muhammad dalam akhbar satira, Charlie Hebdo mengakibatkan lima terkorban dalam kejadian rusuhan di bandar ini kerana membantah tindakan media Perancis itu.


Charlie Hebdo: Rusuhan Berlarutan, Angka Korban Meningkat, info, terkini, berita, Charlie Hebdo

Keganasan yang tercetus di ibu negara Niger itu semakin sukar dikawal apabila penunjuk perasaan membakar gereja, rumah dan premis perniagaan.

Sekurang-kurangnya lapan gereja di Niamey, selain mensasarkan hotel, bar dan beberapa bangunan kerajaan yang dimiliki bukan Islam atau ada kaitan dengan firma Perancis dibakar atau dirosakkan.

Keganasan masuk hari kedua di negara Afrika Barat itu meletus selepas lima terbunuh manakala 45 lagi cedera dalam tunjuk perasaan besar-besaran di bandar raya kedua terbesar, Zinder pada Jumaat.

"Ramai penduduk terpaksa mengurung diri di rumah kerana ketakutan.

Charlie Hebdo: Rusuhan Berlarutan, Angka Korban Meningkat, info, terkini, berita, Charlie Hebdo

"Kerajaan patut menghentikan keganasan ini. Ia tidak baik untuk negara kita," kata seorang penganut Kristian di sini.

Setakat ini, pasukan polis masih berkawal di pinggir bandar serta ditempatkan di beberapa bangunan agama di sekitar bandar ini.


Charlie Hebdo: Rusuhan Berlarutan, Angka Korban Meningkat, info, terkini, berita, Charlie Hebdo

"Semua lima yang korban di Niamey adalah orang awam," kata Presiden Niger, Mahamadou Issoufou dalam siaran televisyen.

Selain itu, angka korban di Zinder meningkat kepada lima dengan empat mayat ditemui rentung di dalam sebuah gereja. - AFP