Sunday, March 1, 2015

Foto-Foto Sekitar Majlis Pertunangan Hafiz Suip dan Nureffy

Tahniah diucapkan kepada penyanyi lagu Awan Nano yang juga juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz Suip yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nureffy malam tadi.

Foto-Foto Sekitar Majlis Pertunangan Hafiz Suip dan Nureffy, info, terkini, hiburan, sensasi, hafiz suip


Majlis telah diadakan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak sekitar jam 9 malam yakni selepas waktu solat Isyak.

Pada majlis pertunangan tersebut Hafiz, 25, menyerahkan enam dulang hantaran, manakala pihak perempuan pula membalas 11 dulang.

Majlis telah dihadiri kedua-dua keluarga terdekat termasuk rakan artis antaranya Hazama dan Aril Pilus.

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto majlis pertunangan mereka yang diambil di Instagram Hafiz.


















 Sumber : murai.com.my

Joe Flizzow Berdepan Suhu -10⁰C

Penyanyi Rap dan komposer Joe Flizzow, terpaksa berdepan dengan suhu sejuk -10⁰C bagi menjalani penggambaran muzik video lagu Baek di Brooklyn New York.


Joe Flizzow Berdepan Suhu -10⁰C, info, terkini, hiburan, sensasi, joe flizzow

Selain itu, Joe dengan beraninya ‘shoot’ videonya itu secara ‘illegal’ tanpa meminta sebarang permit daripada pihak berkuasa di sana.

“Kalau difikirkan balik memang kerja gila bikin video muzik Baek, saya dan krew lain bangun seawal 6 pagi dengan keadaan cuaca yang  sejuk melampau. Pakaian saya ketika itu pun bukan tebal sangat pun, hanya memakai sweater sahaja tanpa jaket. 

“Ketika itu, kebanyakkan penduduk mahupun pihak berkuasa masih lagi tidur jadi saya cepat-cepat ‘shoot’ video agar tidak tertangkap dengan pihak berkuasa,” seloroh Joe kepada portal murai.com.my

Joe yang ditemui wartawan di Up Close & Personal With Joe Flizzow di Sony Music Entertaiment turut menjelaskan pada mulanya video klip Baek tertalu urban dan tiada ciri-ciri Malaysia di dalam video tersebut.

“Lepas ‘shoot’ kemudiannya saya nak edit semula, saya berpendapat video klip ini terlalu USA sangat, itu sebabnya saya masukkan cameo selebriti tempatan seperti Nabil, Sharifah Amani dan ramai lagi supaya nampak keharmonian penduduk kita,” katanya.

Dalam pada itu, Joe Flizzow mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang tidak henti-henti memberi sokongan terhadap karier nyanyian Rap hingga melonjakkan semula genre muzik ini di arena muzik tempatan.

“Alhamdulilah, selepas menjuarai AJL29 baru-baru ini, SonaOne terus dikenali dan saya juga tak putus-putus menerima panggilan tawaran untuk mencipta lagu untuk penyanyi tempatan,

“Ini semua adalah rezeki dan saya harap lagu Baek akan mendapat sambutan oleh pendengar walaupun ianya berbeza dengan lagu Apa Khabar, terima kasih kepada media yang tidak penat menyokong saya,” ujarnya mengakhiri bicara. 

 Sumber : murai.com.my

Emma dan Zizan hanya sekadar rakan

Aktres jelita Emma Maembong menjelaskan bahawa dia dan pelakon dan pelawak popular Zizan Razak tidak menjalin hubungan cinta lagi dan mereka kini hanya sekadar rakan biasa sahaja.


Emma dan Zizan hanya sekadar rakan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak, emma maembong

"Memang kami sudah tak ada apa-apa lagi. Apabila saya dedahkan sudah putus, kami tak pernah sambung semula," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut aktres berusia 23 tahun itu lagi, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan Zizan bukan kerana isu kereta Ferrari, namun dia enggan mendedahkan punca sebenar.

"Tak perlulah saya ceritakan secara terperinci apa yang berlaku, tapi isu kereta Ferrari atau Zizan boros bukanlah sebab hubungan kami berakhir.

"Saya berdiam diri sebab tak mahu hal ini jadi lebih keruh dan memberikan persepsi buruk kepada saya pula sedangkan orang luar tak tahu cerita yang sebenar.

"Dalam hati saya memang sudah tidak ada lagi tempat untuk dia selepas macam-macam hal berlaku, tapi macam saya cakap tadi, ia terlalu peribadi untuk diceritakan."

Dalam pada itu, Emma juga enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mengatakan Zizan mempunyai hubungan dengan seorang pegawai atasan stesen televisyen.

"Kalau mengenai kisah peribadi dia, saya tak nak ulas apa-apa. Sama ada betul atau tidak itu hal mereka, saya tak terbabit.

"Saya hanya nak jaga kerja dan diri saya saja sekarang. Cukup-cukuplah dengan apa yang sudah berlaku. Kalau saya bercakap banyak pun orang akan salah anggap pada saya."

Sumber : tupai.com.my

Tuesday, February 24, 2015

Lelaki Ditetak Depan Panggung Wayang Di Klang

Belum habis terkejut dengan kes pergaduhan ‘parang terbang’ di sebuah pasaraya di Bukit Jambul, kini dengan menggunakan parang juga, kes seumpama kembali berlaku di Klang.


Lelaki Ditetak Depan Panggung Wayang Di Klang, info, terkini, berita, jenayah,


Meremang bulu roma penulis sewaktu menonton video yang dikongsikan di Facebook Wikipediarakyat ini, di mana sesetengah paparannya amatlah tidak sesuai ditonton oleh anda yang lemah semangat.

Difahamkan, insiden bermula daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan, sebelum ia berakhir di hadapan panggung wayang apabila mangsa yang merupakan seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun ditetak dengan kejam.

“Kejadian itu bagaikan aksi dalam filem apabila mangsa diserang di tengah orang ramai di hadapan panggung wayang menggunakan parang,” kata saksi yang enggan dikenali.

“Mangsa berlari ke arah orang ramai bagi mengelak diserang suspek, namun suspek bertindak berani menetak mangsa manakala rakan mangsa sempat melarikan diri,” tambahnya.


Lelaki Ditetak Depan Panggung Wayang Di Klang, info, terkini, berita, jenayah,

Difahamkan, dua kumpulan warga Indonesia berkenaan sebelum itu bertengkar di pusat karaoke sebelum ia berlarutan hingga hadapan panggung wayang di pusat beli-belah berkenaan.

Dua kumpulan terbabit dikatakan memang bersedia untuk bergaduh, malah suspek yang berusia 30-an turut membawa parang ketika mengadakan perbincangan.

Namun, nasib mangsa yang yang teruk ditetak masih belum diketahui keadaanya.

Persoalan di sini ialah, apa sudah jadi dengan tahap keselamatan lebih-lebih lagi di pusat beli belah di Malaysia?

Adakah pengawal keselamatan tidak sedar atau mereka yang kebiasaannya merupakan warganegara asing membenarkan rakan senegara membawa masuk senjata dalam premis awam?

Diharapkan PDRM melakukan siasatan segera terhadap perkara yang serius ini!

Kita tak mahu kes tetak sebegini berulang lagi di tempat awam kerana ia turut membabitkan isu keselamatan orang ramai.

Sumber : mynewshub.cc

Pura-Pura Kenal Pesakit Sebelum Curi Handphone

Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya. Peribahasa ini amat sesuai digunakan untuk satu kes kecurian melibatkan sebuah hospital di Ipoh baru-baru ini.


Pura-Pura Kenal Pesakit Sebelum Curi Handphone, info, terkini, berita, jenayah

Kisahnya, seorang pengguna Facebook yang merupakan anak kepada mangsa telah mengirim gambar suspek kes tersebut yang diperoleh hasil rakaman kamera litar tertutup CCTV.


Menurutnya, suspek merupakan seorang lelaki yang menggunakan modus operandi menyamar sebagai kenalan pesakit sebelum melakukan kecurian.

Ibunya salah seorang mangsa, apabila suspek telah mengaku kepada pesakit yang menghuni katil berhampiran ibunya di wad sama bahawa dia adalah saudara yang datang untuk bertanyakan khabar.

Setelah memberitahu dia adalah ‘saudara’ pesakit, suspek terus menyelongkar katil mangsa yang sedang tidur setelah diberikan ubat oleh doktor.

Tidak lama kemudian, suspek terus beredar setelah menjumpai telefon bimbit mangsa.

Menurut anak mangsa yang mendedahkan insiden ini, bukan telefon bimbit yang dipentingkan sangat tetapi jika dengan mudah sahaja si jebon ni boleh masuk mencuri, bagaimana pula jika dia melakukan perkara yang lebih bukan-bukan lagi terhadap pesakit?

Pada masa sama, isu ini membuatkan banyak pengguna media sosial mempersoalkan tahap keselamatan hospital terbabit.

Sumber : mynewshub.cc

Akhirnya.. Caj Telco Yang ‘Membingungkan’ Dapat Perhatian?

Dalam pada isu harga barangan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, terdapat juga harga lain yang harus dipantau pihak berkuasa negara kerana ia turut membabitkan wang poket pengguna.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Malah, cabaran bagi memastikan hak pengguna dalam soal harga yang ini pasti lebih mencabar kerana ia melibatkan nilai ‘tersembunyi’ dan sukar dipantau pengguna sendiri — ia adalah caj dikenakan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini yang boleh dikatakan berada di tahap melampau dan sering membingungkan.

Masalah membabitkan caj Telco ini sebenarnya sudah lama membelenggu fikiran rakyat Malaysia.

Jika dahulu rungutan yang sering diutarakan adalah “sedar-sedar kredit kena ‘telan’ padahal tak banyak panggilan atau mesej keluar dibuat”, kini antara yang popular adalah “kejap je kuota Internet perlu ditambah nilai kerana sudah melepasi had dilanggan”.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Berbanding cara caj panggilan dikenakan Telco yang lebih mudah difahami dan dikira, kadar bayaran untuk penggunaan Internet yang ditawarkan dalam pelbagai pelan sukar difahami kebanyakan pengguna.

Maka mereka hanya mampu ‘reda’ apabila dimaklumkan data Internet yang dilanggan sudah mencecah kuota walaupun jauh di sudut hati mereka tidak percaya dan rasa macam ditipu bulat-bulat oleh Telco.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Itu belum disentuh bab mutu perkhidmatan yang jarang konsisten termasuk dari segi kelajuan Internet mahupun kawasan boleh akses!

Sebagai bukti masalah berkaitan Telco sudah lama dipendam rakyat negara ini, lihat saja keputusan hasil tinjauan dilakukan Mynewshub di mana, 98 peratus atau 1,932 pengundi bersetuju bahawa Syarikat Telekomunikasi Negara Ini Kuat Menipu!

Bagaimanapun, bukan hanya tinjauan di atas sahaja yang telah dibuat Mynewshub untuk menaikkan isu ini agar mendapat perhatian ramai.

Di bawah adalah laporan lain yang telah dimuatkan oleh Mynewshub sejak awal tahun lalu berkaitan permasalahan ini.

Kini ternyata, isu berkaitan caj Telco di Malaysia yang sering membingungkan pengguna telah mendapat perhatian pihak sewajarnya.

Terbaru, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan kelmarin, kementeriannya akan menyemak kembali struktur berkenaan pembayaran perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar kerana kos pemasangan talian gentian optik sudah pun turun berikutan penurunan harga minyak dunia.

Susulan itu jamin beliau, satu rundingan melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat dengan pihak Telco di negara ini bagi menurunkan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna pada masa sekarang.

Ini sudah pasti satu berita yang cukup melegakan namun pada masa sama, usahlah kita melonjak kegembiraan terlalu awal selagi keprihatinan terhadap masalah melibatkan pengguna dengan Telco ini benar-benar dibuktikan.

Sekadar selingan, di bawah kami paparkan printscreen komen pembaca Mynewshub berkaitan perkara ini yang menunjukkan, pengguna sudah mula hilang rasa percaya.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Justeru jika rundingan demi rundingan yang dilakukan selepas ini akhirnya masih tidak menampakkan kesan positif buat pengguna, kami rasa mungkin dah tiba masa untuk pihak berkuasa berkaitan menggunakan kuasa yang ada untuk memaksa Telco berhenti menindas pengguna, betul tak?


Sumber : mynewshub.cc