Monday, January 26, 2015

Arsenal Mara Ke Pusingan Kelima Piala FA

Arsenal mara ke pusingan kelima Piala FA selepas menewaskan Brighton and Hove Albion 3-2 di Stadium Amex, awal pagi Isnin.
Arsenal Mara Ke Pusingan Kelima Piala FA, info, terkini, berita sukan, bpla sepak, Arsenal

Pasukan kendalian pengurus Arsenal Wenger itu mendahului seawal minit kedua menerusi jaringan Theo Walcott selepas memanfaatkan hantaran Calum Chambers.

Mesut Ozil kemudiannya menggandakan jaringan apabila menyudahkan hantaran Santi Cazorla pada minit ke-24.

Arsenal Mara Ke Pusingan Kelima Piala FA, info, terkini, berita sukan, bpla sepak, Arsenal

Pada babak kedua, Chris O'Grady membantu pasukan tuan rumah untuk kembali dalam persaingan selepas memanfaatkan kesilapan Laurent Koscielny dengan menanduk masuk gol ke gawang Arsenal.

Namun, Tomas Rosicky melengkapkan gol ketiga Arsenal pada minit ke-59.

Pada minit ke-75, Brighton bangkit menjaringkan gol kedua menerusi jaringan Sam Baldock.


Sumber : mstar.com.my

Sahri (AF1) Semakin Dilupakan?

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1) Sahri tidak pernah berasa terkilan apabila namanya semakin dilupakan dan menganggap perkara itu sebagai kitaran biasa sebagai seorang penyanyi.


Sahri (AF1) Semakin Dilupakan?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Sahri AF1
Sahri sudah pun menamatkan pengajiannya di Universiti Lim Kok Wing pada tahun lalu.

Sahri atau nama sebenarnya Sahri Sarip, 35, bagaimanapun berkata, walaupun dilihat sepi daripada sebarang publisiti namun dia memberitahu masih menerima undangan nyanyian biarpun tidak serancak dahulu.

"Tidak ada apa yang buatkan saya terkilan kerana ia tidak pernah melemahkan semangat saya dan situasi itu adalah kitaran biasa bagi seorang penyanyi.

"Alhamdulillah saya masih menerima undangan nyanyian cuma ia kurang diberi publisiti," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sahri berkata, keputusannya menyambung pengajian dalam bidang produksi muzik di Universiti Lim Kok Wing pada 2011 adalah salah satu strategi untuk dia terus kekal dalam industri.

Jelas Sahri, keputusan untuk berbuat demikian adalah tepat kerana sepanjang tiga tahun pengajian dia mendapat pelbagai ilmu tentang produksi muzik dan akan mempraktikkan sekiranya dia tidak lagi menyanyi selepas ini.

"Alhamdulillah saya sudah pun menamatkan pengajian saya selama tiga tahun dan kini bertugas di sebuah syarikat produksi untuk mempraktikkan dan menimba pengalaman tentang selok belok produksi muzik.

"Ilmu adalah bekalan dan jaminan saya untuk terus berada di dalam industri muzik biarpun secara belakang tabir kerana bidang ini sangat saya minati," katanya.

Sementara itu, Sahri berkata, dia kini dalam proses menyiapkan single terbaharunya yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Jelas Sahri, lagu yang masih belum diberi judul itu dihasilkannya sendiri dan memberitahu dia bertuah apabila mendapat tajaan untuk menghasilkan single berkenaan.

"Apa yang saya pelajari selama tiga tahun di universiti saya gunakan sebaiknya untuk menghasilkan single terbaharu ini dan harap-harap pendengar akan menyukainya.

"Saya juga cukup bertuah kerana ada pihak yang memberikan kepercayaan kepada bakat saya sebagai penyanyi dan komposer sehingga sanggup membuat pelaburan dalam menghasilkan lagu berkenaan," katanya.

Sumber : mstar.com.my

Pengganas Paling Dikehendaki Dipercayai Maut

Khabar angin baharu timbul mengenai pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara, Zulkifli Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan dipercayai mungkin telah dikepung dan terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina.


Pengganas Paling Dikehendaki Dipercayai Maut , info, terkini, sensasi, berita,
Marwan dipercayai maut dalam pertempuran dengan tentera Filipina.

Agensi berita, The Philippines Daily Inquirer memetik komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melaporkan Marwan dan beberapa anggota pengganas Basit Usman mungkin maut dalam pertempuran dengan tentera dekat Cotabota pada petang Ahad.

Menurut laporan tersebut, sekurang-kurangnya 30 komando polis turut maut dalam pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dan tentera Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Ia adalah keganasan pertama sejak perjanjian damai yang diusahakan Malaysia pada tahun lalu.

Laporan tersebut memetik Mohagher Iqbal, ketua perunding MILF dalam rundingan damai sebagai mengesahkan pertempuran tersebut tetapi tiada mana-mana kumpulan yang memaklumkan jumlah anggota mereka yang terkorban.

Laporan terdahulu mengenai pertempuran itu masih samar.

Pada awalnya, tentera dan pegawai polis berkata komando milik Pasukan Polis Tindakan Khas Kebangsaan Filipina (SAF) bertempur dengan kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di bandar Mamasapano, Maguindanao.

Namun, seorang pegawai MILF berkata, komando SAF menceroboh masuk ke dalam wilayah yang ditawan kumpulan bersenjata tersebut sebelum berlakunya pertempuran.

Dalam laporan awal, Kapten Joanne Petinglay, ketua Bahagian Infantri ke-6 unit hal ehwal awam Tentera Darat, berkata tentera melakukan operasi pembersihan di Mamasapano di mana anggota polis terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang BIFF.

Petinglay tidak mendedahkan beberapa ramai anggota polis yang terbunuh.

Beliau berkata anggota tentera yang disokong dengan kenderaan perisai berada di kawasan tersebut untuk membantu anggota polis Maquindanao.

“Setakat ini, saya tidak boleh memberikan jumlah sebenar anggota yang maut, ia adalah operasi polis, tiada penyelarasan dengan anggota kita di darat," kata Petinglay kepada The Inquirer.

Sumber : mstar.com.my

Pekerja bank selamatkan nenek tua daripada sindiket gores dan menang

Sindiket gores dan menang semakin melampau di negara ini apabila cuba memperdaya seorang nenek tua untuk mengeluarkan RM10,000 daripada bank.

Sinchew Daily melaporkan, warga emas itu bagaimanapun bernasib baik apabila tindakannya untuk mengeluarkan jumlah duit yang banyak pada satu-satu masa menimbulkan keraguan pekerja bank.

Sindiket gores dan menang, info, terkini,berita, sensasi,

Keadaan itu dilaporkan berlaku di pusat bandar Seremban pada Isnin lalu selepas nenek tua itu tertipu dan ditemani seorang ulat gores dan menang untuk mengeluarkan duit daripada bank.

Walaupun ulat sindiket itu mendakwa dirinya sebagai cucu, namun gerak-gerinya menimbulkan keraguan pekerja bank yang seterusnya bersepakat menghalang nenek itu mengeluarkan duit kerana bimbang warga emas tersebut akan ditipu.

Difahamkan pekerja bank cuba meminta kad pengenalan daripada 'cucu' tersebut tetapi gadis berkenaan yang disyaki sebagai ulat sindiket gores dan menang enggan berbuat demikian.

Selepas mendapati muslihatnya terbongkar, 'cucu' tersebut segera membawa warga emas itu meninggalkan bank dengan menaiki sebuah kereta yang berhenti di depan bangunan.

Proses tersebut turut dirakamkan oleh orang awam sebelum menyebarkannya dalam Internet sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan sindiket gores dan menang.

Pekerja bank turut mendapat pujian kerana bertindak bijak dan berwaspada ketika berdepan dengan ulat gores dan menang.

Sumber : tranungkite.net

Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya

Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas yang dapat meningkatkan penglihatan telah menjadi viral.

Video yang disiarkan di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29, sedang melihat bayi lelakinya yang baru lahir dengan bantuan set tersebut yang diikat di kepala.


Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya, info, terkini, berita, sensasi,

"Untuk bayi pertama yang saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu," kata Beitz dalam video popular itu.

Beitz mempunyai genetik degenerasi makula dikenali sebagai penyakit Stargardt. Dia dapat melihat anaknya dengan bantuan cermin mata eSight dalam masa nyata.

Imej-imej yang dipertingkatkan membolehkan orang-orang yang tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka.

"Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta," kata kakak Beitz, Yvonne Felix yang menyiarkan video itu.

Sumber : mstar.com.my

Friday, January 23, 2015

Real Madrid Beli Pemain Muda Norway

Kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid dilaporkan bersetuju mengikat pemain muda Norway, Martin Odegaard dari Stromsgodset.


Real Madrid Beli Pemain Muda Norway, info sukan, bola sepak, real madrid,

Bagaimana pun Real tidak memberi penjelasan lanjut mengenai pemain tengah berusia 16 tahun itu, namun media di Sepanyol percaya mereka bersetuju membayar 2.3 juta pound (RM13 juta) untuk Odegaard.

Odegaard yang kini masih menunggu keputusan kesihatan bakal diperkenalkan di ibu kota Sepanyol pada Khamis.

Odegaard membuat penampilan pertama bersama kelab Norway itu pada usia 15 tahun dan bakatnya selaku perancang utama berjaya memikat beberapa kelab terkemuka dunia termasuk Barcelona dan Bayern Munich.

Dia menjadi pemain antarabangsa paling muda ketika menyarung jersi Norway menentang Emiriyah Arab Bersatu pada usia 15 tahun 253 hari pada Ogos lalu.

Sumber : mstar.com.my