Monday, January 5, 2015

Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Di Final Gegar Vaganza

Sedang asyik penonton melihat pentas ‘Gegar Vaganza’ semalam, secara tiba-tiba pelakon kacak, Hairul Azreen telah melamar sahabat baiknya, Hanis Zalikha di hadapan ribuan penonton di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.


Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Di Final Gegar Vaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, Hairul Azreen, Hanis Zalikha,


Hanis yang agak terkejut bagaimanapun tidak menolak lamaran tersebut dengan mengatakan ‘”InsyaAllah, OK saya terima.”

    “Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

    Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk mendapat restu mereka. Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah.

Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Di Final Gegar Vaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, Hairul Azreen, Hanis Zalikha,


    Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikan awak menjadi isteri saya?” – mStar Online

Saya memang bercadang melamar Hanis namun tidak menyangka ia dilakukan di atas pentas. Meskipun pada awal merasa seperti tidak kena namun ia kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku dalam program terbitan mereka.” – Harian Metro

Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Di Final Gegar Vaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, Hairul Azreen, Hanis Zalikha,


    “Keberanian melamar Hanis di hadapan ramai bagi memberitahu kepada semua status hubungan kami yang selama ini orang tahu kami berkawan baik.

    InsyaAllah perbincangan susulan akan dilakukan bersama kedua ahli keluarga dan kalau boleh saya mahu berkahwin tahun ini juga.” – Harian Metro

Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Di Final Gegar Vaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, Hairul Azreen, Hanis Zalikha,


A video posted by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Sumber : ohbulan.com

Podolski Tiba Di Itali Untuk Sertai Inter Milan

Penyerang Arsenal yang diketepikan, Lukas Podolski bersedia untuk meninggalkan The Gunners selepas tiba di Itali  dalam keadaan gembira untuk membincangkan mengenai pemindahan menerusi pinjaman ke Inter Milan pada Jumaat.


Podolski Tiba Di Itali Untuk Sertai Inter Milan, info, terkini, berita sukan, bola sepak, Lukas Podolski, arsenal, AC Milan

Sky Sports mendakwa, kelab Serie A itu telah membuat tawaran serius kepada Arsenal sebelum ini tetapi Arsene Wenger menyifatkan bidaan rendah berkenaan sebagai melucukan.

Bagaimanapun Lukas Podolski mencadangkan agar Inter membuat permohonan pinjaman kepada Arsenal kerana dia tidak mahu lagi berada di Stadium Emirates.

Podolski Tiba Di Itali Untuk Sertai Inter Milan, info, terkini, berita sukan, bola sepak, Lukas Podolski, arsenal, AC Milan

Podolski yang membantu Jerman menjuarai Piala Dunia tahun lalu dilaporkan mempunyai masalah perhubungan dengan Wenger.

Laporan media Itali pula mendedahkan, Podolski gembira untuk meninggalkan Arsenal berdasarkan masalahnya dan prestasi semasa kelab berkenaan.

Sumber : mstar.com.my

QZ8501: Fenomena Icing Berkemungkinan Besar Punca Nahas

Cuaca yang amat buruk mencetuskan kemalangan nahas pesawat AirAsia pada Ahad lepas, kata pegawai cuaca Indonesia, Jumaat, manakala Rusia menjadi negara terbaharu yang menyertai carian pesawat malang itu.


QZ8501: Fenomena Icing Berkemungkinan Besar Punca Nahas, info terkini, berita nahas airasia, QZ8501
Sebuah helikopter Indonesia ketika menjalankan operasi mencari pesawat AirAsia penerbangan QZ8501, awal minggu ini yang terhempas di Laut Jawa. Para pegawai berkata cuaca buruk yang melampau dikatakan telah mencetuskan kemalangan itu. -foto AFP
'Analisis meteorologi' setebal 14 muka surat merupakan kenyataan rasmi pertama dari Jakarta berhubung sebab-sebab berlakunya nahas tersebut dan ia hampir mengesahkan spekulasi yang berleluasa yang menyatakan bahawa punca kemalangan disebabkan oleh cuaca.

"Fenomena cuaca yang paling memungkinkan adalah terjadinya ising menyebabkan enjin pesawat rosak," menurut laporan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG).

"Ini bagaimanapun hanya satu analisis apa yang mungkin berlaku berdasarkan data meteorologi yang ada, dan bukan penentuan muktamad mengenai punca kejadian itu."

Laporan BMKG oleh Profesor Edvin Aldrian, ketua unit penyelidikan dan pembangunan ini dihasilkan ketika ombak tinggi dan laut bergeloran kini menghalang penyelam daripada memasuki laut.

Sehingga malam tadi, 30 mayat telah ditemui, kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) Bambang Soelistyo pada sidang media.

BMKG berkata analisis awal ke atas data cuaca mencadangkan pesawat AirAsia Airbus A320-200 telah terbang ke awan ribut. Ia juga menyatakan bahawa carta cuaca yang dikeluarkan sebelum penerbangan menunjukkan laluan pesawat yang dijadualkan berada di peringkat 'cruising' (pelayaran) akan menunjukkan keadaan 'membimbangkan' dengan amaran angin kencang.

Imej satelit juga mencadangkan suhu puncak -80 ke -85 °C, yang bermakna terdapat butiran-butiran ais dalam awan yang tebal, menurut laporan itu.

Sementara itu, kapal Singapura kelima tiba di kawasan kemalangan itu manakala Rusia berkata ia akan menghantar dua pesawat amfibia untuk membantu usaha carian, yang kini melibatkan lebih dari buah 90 kapal dan kapal terbang.

Soelistyo berkata tidak ada pengesahan bahawa sonar telah mengesan ekor pesawat.

Walau bagaimanapun, kesan minyak telah dikesan di kawasan keutamaan carian.

"Kami masih berusaha keras dalam keadaan cuaca buruk dan ombak kuat," katanya malam Jumaat. - Straits Times / ANN

Rosmah diberi kelayakan guna Kapal Terbang Kerajaan sama seperti PM dan TPM

Sejak Najib Razak mengambil kepimpinan negara pada 2009, sudah banyak kali isu penggunaan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor timbul dan menjadi percakapan ramai.

info, terkini, sensasi, romas mansur, isteri najib razak

Suatu ketika dahulu, penggunaan jet itu menjadi pertikaian apabila Rosmah didapati menggunakannya semasa menghadiri suatu program di Dubai bersama beberapa isteri menteri kabinet.

Beberapa penggunaan lain jet itu oleh Rosmah sama ada untuk kunjungan ke luar negara mahu pun perjalanan dalam negara, sentiasa saja menjadi bualan, pertikaian dan berita hangat di media-media.

Di Parlimen juga, kos perbelanjaan penggunaan jet oleh Rosmah yang melibatkan ratusan ribu ringgit wang rakyat turut pernah menjadi pertanyaan Ahli-Ahli Parlimen dan mereka mempertikaikan kelayakan isteri Perdana Menteri menggunakan kemudahan eksklusif itu.

Pendek kata, isu penggunaan jet oleh Rosmah sentiasa saja diperkatakan salah atau benarnya meskipun isteri Perdana Menteri dikatakan mendapat kebenaran khas daripada Kabinet atau pun daripada Najib sendiri selaku Perdana Menteri.

Kali ini, penggunaan jet oleh Rosmah kembali hangat apabila Najib yang sedang bercuti dan selepas bermain golf bersama Barack Obama di Hawaii didapati pulang sendirian untuk meninjau suasana banjir dalam negara dan meninggalkan pesawat khas itu di AS.

Ia segera menimbulkan andaian bahawa jet itu adalah untuk kegunaan Rosmah, apatah lagi ia dikesan melalui FlightRadar24 turut berkeliaran di ruang udara Indianapolis, Los Angelas, New York, Dubai dan Bangkok dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Berbanding era Mahathir dan Pak Lah, penggunaan jet oleh isteri Perdana Menteri tidak pernah menjadi isu. Ketika itu hanya Perdana Menteri yang menggunakan kemudahan itu sepenuhnya dan isteri mereka tidak pernah menggunakannya secara sendirian.

Tetapi kini isu jet begitu kerap menjadi mainan media berikutan Rosmah terlihat ghairah mahu menggunakan kemudahan itu. Mungkin sudah sampai masanya atas sebab-sebab tertentu seperti keperluan tugas, keselamatan dan memenuhi keinginan seorang yang penting dalam hidup Perdana Menteri, Najib perlu membuat keputusan rasmi dalam mesyuarat kabinet agar isterinya diberi kelayakan khas sepanjang masa menggunakan jet kerajaan itu.

Dengan itu, bermakna dari segi penggunaan jet, Rosmah dinaikkan taraf untuk layak dan bebas menggunakan kemudahan itu, sama seperti kelayakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Jika jet kerajaan yang sedia ada tidak mencukupi, Najib juga boleh menempah sebuah lagi pesawat baru, sesuai dengan penggunaan yang bertambah ini. Lagi pula, kita adalah negara kaya dan hanya lima tahun lagi kita juga akan mencapai status negara maju 2020. Maka, isteri Perdana Menteri juga sudah selayaknya dipertingkatkan statusnya.

Melalui keputusan Kabinet itu, bermakna Rosmah bebas menggunakan jet kerajaan atas urusan rasmi, peribadi atau bercuti tanpa perlu meminta kebenaran khas sebagaimana amalan sekarang atau menggunakannya secara "curi-curi ayam" lagi.

Hanya dengan menaikkan taraf kelayakan isteri Perdana Menteri sebagai pengguna jet kerajaan yang sah dan layak saja dapat mengelakkan ianya daripada terus menjadi isu dan mainan di media-media.

Hanya dengannya juga mampu mengelakkan berulangnya kejadian seperti di Hawaii baru-baru ini di mana Najib terpaksa pulang sendirian menggunakan pesawat komersial untuk meninjau keadaan banjir di dalam negara sementara isteri dan keluarganya pula meneruskan percutian di AS.

Sumber : aans1.blogspot.com

Sunday, January 4, 2015

Sharifah Sofea Muntah Darah Lepas Dedahkan Maklumat Rahsia MH370

Wanita yang telah mendedahkan maklumat penting mengenai pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 yang lepas, Sharifah Sofia Syed Rashid telah dikatakan muntah darah secara tiba-tiba. 


Sharifah Sofea Muntah Darah Lepas Dedahkan Maklumat Rahsia MH370, info, terkini, berita, sensasi, santau,

Menurut sumber yang diperolehi, belia sekarang dalam keadaan tenat setelah muntah darah dan jatuh pengsan secara tiba-tiba  selepas bersarapan. Dan Sharifah Sofea dipercayai telah disantau oleh seseorang.


Sharifah Sofea Muntah Darah Lepas Dedahkan Maklumat Rahsia MH370, info, terkini, berita, sensasi, santau,

Sharifah Sofea Muntah Darah Lepas Dedahkan Maklumat Rahsia MH370, info, terkini, berita, sensasi, santau,


Sumber : katakcomel.my

Teori Baru Nahas Peswata AirAsia Indonesia QZ8501

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang Ahad lalu masuk hari keenam, semalam, menemui teori baru kemungkinan pesawat itu terhempas berhampiran Teluk Kumai, 20 Kilometer dari sini.


Teori Baru Nahas Peswata AirAsia Indonesia QZ8501, info, terkini, berita nahas pesawat airasia, QZ8501, berita

Teori itu dikeluarkan selepas sebahagian besar mangsa, serpihan pesawat dan barangan penumpang kapal terbang itu ditemui di bahagian timur perairan itu.

Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) SB Supriyandi berkata, sejak hari kelima operasi pihaknya membuka sektor baru di sekitar lokasi itu, sebahagian besar mayat mangsa diperoleh di kawasan terbabit.


Hari ini (semalam) memberikan kita maklumat lebih jelas bahawa pesawat QZ8501 ini jatuh di perairan Teluk Kumai apabila sebahagian serpihan, barang mangsa dan jasad ditemui hanyut di sebelah timur lokasi itu.

Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan koordinat sebenar lokasi pesawat itu jatuh kerana pengiraan lebih teliti harus dibuat pakar, katanya.

Selain itu, kami harapkan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai khususnya sebelah barat dan selatan Teluk Kumai sehingga ke Tanjung Puting untuk melaporkan segera jika terjumpa barang, serpihan pesawat atau mayat terdampar di pantai. Berbaktilah untuk kemanusiaan, katanya.

Sumber : virlmedia.com.my